Jumaat, 28 Januari 2011

Mitos Moden

bunyian dikala sunyi
memecah gempita
hasil isi hati yang jelik
mencanang cerita
burung pun turut bermain
ikut rentak kita
melodi lagu yang asli
alat untuk berbicara


bangun rakyat bangun semula
langkah kaki kedepan..
bergerak..! bergerak..!


ku tulis lagu yang sedih
luahan segala
sakit perit hati yang pedih
melayan kerenah
emosi berbaur seni
nukilan rahsia
pacakkan tiang berdiri
kawan masa tuk berganjak..


sudah ku jangka jadi begini
tidak ku rangka semula jadi
ku harus pergi meninggalkan
kawan baik ku
bukan dipaksa bukan nya ku rela
bukan niat ku bermegah
hanya mencari sedikit ilmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan