Rabu, 28 Ogos 2013

Al -Rayyan

Sungguh tenang dipagi Syawal yang mulia
Alhamdulillah masih mampu bernafas normal
Ku sambut ceria, senyuman ibu ku menyapa
Tampak segar waaupun dia sibuk didapur..

Raya, hari yang selalu di nanti
Masa untuk orang jauh kembali
Gaya, masing-masing punya tradisi
Warna-warni bagai aura pelangi

Baru kini ku fahami, apa ertinya hari raya
Hari yang dirahmati, salam-bersalaman terhapusnya dosa
Tua muda semua dirai, miskin dan kaya bersederhana
Dalam suasana yang harmoni, ku syukuri dilimpah kurnia nikmatnya.