Isnin, 25 April 2011

S.A.H.A.B.A.T

Mungkinkah ini yang terakhir
Aku bertemu mu sekian lama
Kita bersama


Jangan kau tangiskan pemergian
Pilihan yang tak ku inginkan
Yang mula pasti akan berakhir


Takkan hilang...
Sahabat Sejati..
Pasti akan kekal abadi...


Pelangi yang timbul
Pasti akan pudar jua
Di gantikan sinar baru
Yang lebih bermakna..


Bila ditempat baru
Jangan dilupa yang lama
Masih lagi segar ingatanku
Susah senang kita bersama..

30 Hari Mencari Cinta

video

Hidupku tergantung
Harus ku akui
Tuk terima kenyataan 
Jawapan yang akan berlangsung


Apa yang ku inginkan
Dia kata setuju
Tapi manakan mungkin...


"Mahsuri menyukai hulubalang"
"Bagai dongengan 'Si Cantik & Binatang"


Mungkin ini yang terakhir untuk diriku
Mungkin ini yang terbaik untuk diriku


Kananku...
Inginkan dia..
Kiriku...
Rasa tak layak..
Menganggu...
Ada didalam hatimu..


Tapi tak mengapa..
Masih lagi ada..
Tuhan disampingku..
Cinta Sebenarnya...

Khamis, 21 April 2011

Seri

Ku lihat ayu
Wajah dia
Bermain dimata ku
Aku.. menginginkan dia
Ada disamping ku
Selalu...

Seri jangan tinggalkan aku
Biarkan ku sendiri
Layu.. merindu..

Cuba kau dengarkan lagu
Yang aku karangi
Hanyalah untuk mu
Kau yang bernama Seri..



p/s: tiada kena mengena pada yang masih hidup mahupun yang sudah tiada.

Jumaat, 15 April 2011

CD Rosak

Aku rasa tidak bermaya
Rasa bosan tak terhingga
Tiada nafsu berkata


Badan ku rasa letih dan lemah
Hati ku bagai diluka
Langsung tiada ubatnya

Komunikasi Dua Hala

Ku bersyukur ke hadrat Illahi
Di lahir ke dunia dan cukup sifat
Dari dahulu hingga hari ini
Masih belum sempat untuk ku buktikan
Aku masih tercari-cari
Jalan yang ku pilih
Masih lagi tersesat
Di jerat kota yang pesat


Maaf menyentuh perkara peribadi
Inginku menyebut untuk dikongsikan
Dulu pengecut, kini ku berani
Untuk mengakui kegagalan
Aku kini semakin hampir
Meraikan kejayaan
Ku panjat doa yang tinggi
Menangis kegembiraan

Khamis, 14 April 2011

Gila

Angin
Tiuplah ke bumi
Panjangkan nafasku
Sebarkan unsur ku
Ke merata
Serata negeri...


Api
Nyalakan unggunmu
Marakkan semangatku
Panaskan punggungku
Dan terbakar
Biar ku berlari


*Aku...
Meronta keinginan...
Mengejar bayanganku...
Jikalau ku mampu...


Air
Simbahlah padaku
Biar ku tersedar
Bangun dari kamar
ku beradu
hapuskan mimpiku


Embun
Menemani malam
Kabus pun menyusul
Suhu ku menurun
Oh kejamnya
"Tulang" ku membeku


**Memang benar kau teka
Tikam kau mengena
Ya ku gila, ku gila
Sifat yang biasa
di alam maya
Ku reka, ku cipta
Ku musnahkan, ku buat semula...