Selasa, 28 Disember 2010

Mayang Sari

Burung putih burung gagak
terbang bersama mencari air
selebar-lebar sayap terbuka
akhirnya terpisah mengikut angin


luka hatiku bagai ditusuk jarum peniti
masih tak dapat lagi dibendung
ubatku hanyalah diri ku sendiri


mana mungkin ku duduk saja
kan ku laku apa ku mampu..

Khamis, 23 Disember 2010

Terus Berkarya II

aku digelombang kedua
ingin aku mengajak ke sana
meneroka arus perdana
melihat dengan mata kepala
bagaimana kita di"kenduri"
di hukum gantung tak bertali
masih lagi di anak tiri
kita masih dijajah lagi...

kau asyik dengan "si bijaksana"
hampir habis semuanya di sangka
baik sungguh cantik budi bahasa
kita lemah dibutakan mereka

dewan kemasyuran

ada masaku diam
tak beerti kau boleh
memijak kepala

dalam diam kau datang
menconteng arang ke muka
bukan main kepalang

tidak ku gentar kerana aku
sudah biasa dengan permainan
hidup di dunia
yang menang pasti akan disanjung
kalah digonggong
walau tak tahu hujung pangkalnya...

kalau takut dilambung ombak
jangan engkau pergi belayar
dilaut nanti kita sering bertengkar..

Rabu, 22 Disember 2010

tiupan sangkakala

sedih ku melihat wajah
anak kecil yang tak bernyawa
di perlakukan sebegini
mana silapnya
aku masih tak mengerti

mana hilangnya pertimbangan
makhluk Tuhan yang ada akal
sama seperti yang lain
tak tahu bezakan 
aku masih tak mengerti

 inikah yang dikata
dunia diakhir zaman 
sebenarnya semakin hampir

hidupmu takkan selamat
sentiasa dihantui
perbuatan burukmu


moga dicucuri rahmat
ditempatkan rohnya
di syurga milik Mu..


hijau

inspirasi matahari terbit ku temui
kicau burung bernyanyi
nyanyi lagu sepi
indahnya suasana
eloknya bertemu...

senang
matahari terang
hidup penuh cahaya
cerah dan terang
manusia durjana
yang sukakan dendam
dengan kekasihnya…..

Yang Benar,

kali pertama ku lihat aku terpegun 
riak wajahmu buat ku menggelamun
sungguh memikat cantik terpikat dengannya
buat aku rebah untuk kali kedua...

dari awal ku memendam seribu rahsia
tak ku luah namun ku simpan diam
untuk gadis yang sungguh ingin ku cuba tawan
hatinya...

hei gadis
aku rindu kamu
setiap langkah
setiap waktu
oh dari hati
ku nyanyikannya
untuk kamu...
untuk kamu...

Melayu

wahai melayu jangan kau lupa,
bagaimana kita berperang dahulu,
hingga ada yang menitiskan darah,
dari satu ke satu.

cuba kita ingat kembali,
kisah lama kisah yang dulu,
sampai ada orang yang mati,
nilainya berpuluh ribu.

Selamat Tinggal Dunia

sungguh ku rasa sunyi
tiada teman bicara
baris - baris puisi
sebagai pengantara
kau pergi tanpa berita
hilang bagai misteri
sunyinya...

pergi kau pergi lah pergi
pergi membawa diri
kedunia baru mu
kini cuma tinggal kenangan
yang tak mungkin aku lupakan
selamat tinggal kawanku..

3/6/9

hei kawan
ku rindu dia
dah lama tak jumpa
ingin ku tulis
apa yang ku rasakan
cantik 
bidadari aku agakkan
dari senyumnya 
buat ku terbang ke awangan...


tiara mu ku pegang tiada sesiapa
yang layak untuk mencuba meletaknya dikepala
untuk gadis yang pernah ku tawan hatinya
walau cuma sekejap dan sekelip mata... 

khayal khayalan..

bila malam duduk bersendirian 
teringat pula bintang yang sedang mengejar orbitnya
mungkinkah itu petanda ceritanya
kisah seorang puteri dari khayalan..

senyuman durjana

zaman kecil ku berlalu
ketikaku sedang membangun
ingin mencari ketenangan
didunia yang serba huru-hara
kau cuma berikan ku...

*senyuman durjana

kini ku dah sedar
betapa seksa hidup didunia
tapi ku tak pernah runsing
kerna ku tahu hanya sementara
kau cuma berikan ku...

*senyuman durjana

ralat

jatuh
buat aku sedar
untukku bangkit semula
menentang arus

sakit
yang ku rasakan
takkan ku persiakan
hidup mati ku..


kalau ku imbasi hidup mu disetiap penjuru
takku rela melihat kau tersungkur


sedih
melhat kamu
bagai pelarian
hidup kebulur


bangkit
dari kamar mu
angkat kaki tangan mu
menentang musuh


ralat aku dah bosan
buka mata ku layan
dikaca tv terpampang besar
diradio sering ku dengar
wahai sahabat bangun semula
wahai sahabat bersatu semula
selamatkan bumi kita
bebaskan dari penjajah
aku ralat...

wasilah

pagi - pagi ku bangun berkeyakinan
rasa hari ku cerah redup indah tak terkata
bila gadis secantik dia dalam genggaman ku
tuah untung manusia siapa yang tahu,,


kau yang terbaik, kau yang tercantik
bagai mimpi dalam mimpi menjadi realiti
patah tumbuh dah berganti, tidak bersilih ganti
luka lama dah pun pulih, elok dengan sendiri



Empayar Kuku Besi

anak kecil meraung menangis mencari
ibunya yang letih menahan sakit
dibawah runtuhan kota suci
diternagi cahaya mentai terik
ku tak mampu menahan
sebak dihati, sebak di hati

oh Tuhan tolonglah
hamba Mu yang lemah tak bermaya
hapuskan mereka, hapuskan mereka

darah putih pekat mengalir didalam tubuh
ku taknak mati dibawah bumbung
diatas katil didalam kelambu
hanya tundukkan kepala berserah kepada mereka
diludah dipijak dihina, diludah dipijdak dihina.....

Bendera Hati

bangga ku menjadi warga kota
melihat bandarku mengikut arus
hampir sempurna pusingan roda
tiada ku toleh ku pandang terus


masa tidak diduga
masa semakin suntuk


terus berubah..
bangkitlah dari tidur yang lena
janganlah asyik kita bermusuh
lupakanlah segala sengketa
lindungilah oh tanah airmu
jauh dari pengaruh kuasa
kita hidup di bumi merdeka
kita hidup di bumi Malaysia
Allah lindungilah kami..!


megah berkibar diangkasa raya
mengufuk kebumi tiada penghujung
banyak kejayaan yang telah dicipta
engkaulah di hati engkau yang ku sanjung..!

Selasa, 21 Disember 2010

Tempur Tanpa Senjata

kedepan
niat ak ingin kedepan
lari dari hidup
hiruk pikuk kota yang busuk

laungkan
kalimah penuh keindahan
sekuat hati mu
suara mu tak akan luntur

percayalah...
bukan mudah untuk ku harung
percayalah...
bukan mudah untuk ku rempuh

oh.. bertenanglah
usia remaja mengajar
langsung hidup kita yang sebenar

oh.. dengarkan lagu ku
petikan gitar melodi indah
tempat untuk ak mengadu .. beradu

bertahan
langkah ku semakin perlahan
satu demi satu
susun catur langkah diatur

Semangat
Ku pegang teguh kata keramat
Sampai akhir waktu

Minoriti

duduk berdiam diri
tak tahu kata apa
untuk ku berkata
dan bila ku berbunyi
oh tak henti - henti
ak melalut lagi

*buat apa tiru macam ku
apa yang perlu kau tahu
aku minoriti
sampai bila nak jadi mcm ku
apa yang penting adalah
diri mu sendiri


disini ku berdiri
tempat menjadi saksi
hubungan kita
yang tak akan kekal abadi
untuk selamanya
namun ku tak kecewa

apa yang kau mencari
terang mata kau celik
memerhatikan 
dari sudut yang lain
amat mengkagumkan
melihat kau kedepan.

*
bingkas
bangkit kembali
usah mudah beralih angin

pintas 
gerak hati
takkan diluah mati

Titah Baginda

Tuhan lindungilah aku
takut dipanah Mu, takut dipanah Mu
Bukakanlah mata ku
tunjukkan aku sinar tempat untuk berteduh
Ampunkanlah dosa ku
pada-Mu ku pinta pada-Mu ku rayu
Diakhir riwayat ku
akan ku semadikan cinta pada Mu

kau warnai hati ku yang lusuh
semula......

Ku syukuri nikmat Mu
Ku tak mudah mengalah
apa saja ku mampu
Aku tidak sempurna

Aku tidak sempurna...

Terus Berkarya

kehadapan kawan ku sekalian 
bangunlah dari tempat tidur mu
cuba kau fikirkan di taman tasik
kemana arah tujumu

Teruskan berkarya, terus berkarya
dimana asal usulmu
dibawah satu tiang bendera
Malaysia tanah airku~

Tiada Yang Mustahil

terbuku dalam hatiku
inginku sahut
inginku sangkal kata mereka
berubah kembali
kepada yang asal

luluhnya hatiku
tidak terperi
menanggung rasa yang amat sebak
melihat mereka
takut malu

*dicucuk hidung ditambat tali
digembar - gembur ditiup angin
mudah terbabas kanan dan kiri
sampai tergadai maruah diri


warisan kebanggaanku
kian terhapus terpinggir
tidak digemar dipandang senteng
remaja disuntik pemikiran cetek


aku bingung aku terpinga-pinga
aku cemburu bila ku pandang ke sana

Pendeta

dah asah taring baru kau nak tunjuk belang
tiada keris bagaimana nak menentang
banyak musuh dalam selimut hanya menunggu masa
kita hanyut dirudum rindu perkara sia-sia

Ingat! bahawasanya 
kita sudah jauh tersasar di tengah kota
pulang! marilah pulang
kita pulang ke pangkal jalan 
yang benar lagi terang

Haluan Kiri

tiga baris sudah cukup indah
tak terguris hati ku dah terbuka
hampir tersungkur dijalan yang terang


masih mencari cahaya kehidupan 
liku-liku maksud pengorbanan
sungguh ku tercabar


Manusia semakin hilang punca
terjerumus kedalam lembah hitam
megah dengan hasil bukan milik kita
hanya menunggu kejatuhan


sudah berkurun masih terpinga-pinga
hanyut dibuai khayalan mimpi dosa
dilambung tinggi hingga ke hujung dunia...