Ahad, 6 Februari 2011

Gemersik

Berlegar-legar main difikiran
sesaknya nafasku bertambah celaru
mulut kata pergi hati kata mahu
jujur aku benci prasaan begitu


berdebar-debar menunggu giliran
usah disoalkan itu kuasa tuhan
puisi yang terbaik puitis dan menarik
bila diadunkan bunyian gemersik


karang lagu rancak
tulisan terpendam
bukan cara bijak 
corak langkah yang mendalam


bergetar-getar lagu dimainkan
melayang menjauh cetusan gemuruh
bila ia pergi, ku mula mengatur
langkah gerak-geri untuk ku berhibur


seleraku bermacam
langsung tidak dirancang
ikut saja kata hati yang diransang
salahkah ku bermain
rentak lagu yang lain
mencuba mengusik bunyian gemersik!