Jumaat, 28 Januari 2011

Mitos Moden

bunyian dikala sunyi
memecah gempita
hasil isi hati yang jelik
mencanang cerita
burung pun turut bermain
ikut rentak kita
melodi lagu yang asli
alat untuk berbicara


bangun rakyat bangun semula
langkah kaki kedepan..
bergerak..! bergerak..!


ku tulis lagu yang sedih
luahan segala
sakit perit hati yang pedih
melayan kerenah
emosi berbaur seni
nukilan rahsia
pacakkan tiang berdiri
kawan masa tuk berganjak..


sudah ku jangka jadi begini
tidak ku rangka semula jadi
ku harus pergi meninggalkan
kawan baik ku
bukan dipaksa bukan nya ku rela
bukan niat ku bermegah
hanya mencari sedikit ilmu

Sabtu, 22 Januari 2011

1001 Masalah

tiga keturunan beraksi
tidak pernah aku patah semangat
masih segar dalam ingatan yang ngeri
kita hidup dalam "peperangan"
sudah puas aku memerhati
masih sukar untuk aku jelaskan
perasaan sedih didalam hati
kita hidup dalam perpecahan

bila kau memerli aku
tak kisah kau terus menyindir
sampai bilakah
kita nak maju
jalan yang harus ku tempuh
disempitkan oleh otak yang sempit
1001 persoalan

cucilah bersih tangan mu
jernihkan air yang telah keruh
kembalikan zaman remaja kita yg dulu-dulu
semakin kita bersatu
semakin kita di gerun
hapus pemikiran jahat barat yang kau sanjung

*Buang! Jauh!
pra-sangka buruk!
Tidur! bangkang!
Usah kau begitu!

Sabtu, 15 Januari 2011

Batu Bersurat

bermula cerita
kisah seorang pemuda
pulih dari penyakit
setelah dijumpa penawarnya


tersirat apa dikata
luahan sungguh bermakna
masih lagi mencari
mencari erti kata yang mudah


bukan sedikit masa
bukan segumpal rasa
apa yang akan diberi 
sama nilai dengan harga nyawa..

Rabu, 5 Januari 2011

I ♥ Allah

Ya Allah tuhan Maha Besar
berilah perlindungan dengan iman yang teguh
dan hidup dan mati ku
ikhlas ku menurutkan tanda ku bersyukur..

Ilmu Alam

terang-benderang waktu malamku
diterangi cahaya keindahan
luas terbentang penglihatanku
tiada cacat cela yang menganggu
titis air mata ku mengalir
ombak menghempas mengubah pantai
kait rapat bulan diangkasa


alam ku hiburkan lah
kau lah nadi ku
hari - hari ku harung
sumber ilham ku


ombak menghempas mengubah pantai
kait rapat bulan diangkasa

Isnin, 3 Januari 2011

-mya-

wataknya menarik
tinggi lampai
hebat pegangan
sederhana
bagaikan baldu
selembut sutera
sutera cina
jiwa ku merana


(haha)


halusnya kulit mu
lembutnya gayamu
bagai butiran pasir dipantai
dengan caramu
ku tahu kau malu
begitu juga aku zahirnya


sungguh cantik jiwa mu
bagai batu mutiara
tersergam indah
ciptaan yang sangat agung
insan bergelar hawa
engkau gadis yang ku sanjung
kau gadis yang ku damba...