Isnin, 18 Oktober 2010

Imiginasi

Dalam urusan hidupku pasti ada curang
bukan bidang kuasa untuk berterus-teang
susah nak bertutur lidah ku mengekang
jauh disudut kecil hatiku sinarkan tiba..

Kiasan,
bila tiba serunya mula berputar-putar
berlegar-legar bermain dibenak fikiran
nyata bertukar maya jadi barang siulan
sogokkan jiwa dengan penuh rasa kecewa
bukan menyindir tapi masih lagi merana
terbawa-bawa hingga hampir rasa tersisih
ingin bertukar wajah seakan warna putih
agar nampak seperti ada satu cahaya..

Dalam urusan hidupku pasti ada curang
bukan bidang kuasa untuk berterus-terang
susah nak bertutur lidah ku mengekang
jauh disudut kecil hatiku sinarkan tiba..

coretan sabar orang beriman
meniti hari demi menunggu masa
belum tahu bilakan hadir Malaikat Jibril
membantu umat, umat Muhammad
yang semakin sesat, barat melarat
karat keparat~

Ahad, 10 Oktober 2010

metafobia

pintu ku dah terbuka
menahan sakit yang ku tanggung
untuk ku rempuh

kanta ku semakin pudar
jernih bagai tiada warna
seperti air



hadir ku tak diterima
bagai angin yang mendatang
dan berlalu pergi

pena ku melayang 
dan tiada siapa pun peduli
ku harus pergi

*sudah ku jangka jadi begini
tidak ku jangka semulajadi
ku harus pergi meniggalkan
kawan baik ku
bukan dipaksa
bukan nya ku rela
bukan niat ku bermegah
hanya mncari sedikit ilmu

Selasa, 5 Oktober 2010

Bulatan Kewajipan

sekali lagi aku dikejutkan 
dengan pelbagai rasa yang tak ku pasti
telefon bimbit hingga ke Fb tiada lagi
hendak ku balaskan
telah ku cuba sedaya upaya bertarung
sekuat hati
kini ku berhenti mencari cinta yang agung
yang lama ku impi..