Isnin, 7 Oktober 2013

Satu

Kejutkan aku kawan, bila ku hampir terlelap
Tunjukkan aku arah, bila ku tersesat jalan,
Peluklah aku, bila ku mula ketakutan
Agar ku tak tersa sunyi dalam keriuhan.

Pertama kali ku jejakkan kaki
Terdetik dalam hati ini untuk
Berubah... Berubah...

Dengan kekurangan sifat ku yakini
Mana mampu untuk ku menanggung
Semua.. Semua...

...........................................................................................

Disebalik awan hitam yang dicari
Ku terpaksa tempuh halangan berliku
Kemudian... baru ku jumpa jalan
Jalan kembali pada-Mu

Rabu, 28 Ogos 2013

Al -Rayyan

Sungguh tenang dipagi Syawal yang mulia
Alhamdulillah masih mampu bernafas normal
Ku sambut ceria, senyuman ibu ku menyapa
Tampak segar waaupun dia sibuk didapur..

Raya, hari yang selalu di nanti
Masa untuk orang jauh kembali
Gaya, masing-masing punya tradisi
Warna-warni bagai aura pelangi

Baru kini ku fahami, apa ertinya hari raya
Hari yang dirahmati, salam-bersalaman terhapusnya dosa
Tua muda semua dirai, miskin dan kaya bersederhana
Dalam suasana yang harmoni, ku syukuri dilimpah kurnia nikmatnya.

Khamis, 30 Mei 2013

Halo

Hei.. hidup penuh cabaran
Walau dicemari, krisis hitam
Masih mampu berlawan
Ku tunggu waktu
yang tepat untuk membalas
Tiba masa kan ku hulur
Tangan untuk berjabat

Siang malam kau dihentam
Makin, ramai anak muda melantun seperti aku
Ku berjanji ku kan terus setia
Meniti jalan yang ku pilih
Hingga akhir hayat ini