Ahad, 20 April 2014

Langgar

Dimana silapnya bila semua berubah
Megah dalam tidur, musnah dalam sekelip mata
Ruang ku bernafas tercemar dengan bahan menyindir
Politik hiburan yang melalaikan

Bila semua nak berakhir?
Hati ku mula khuatir
Pergilah kau dari wilayah ku
Khilafku
Biarkan kau jalan terbalik
Memang benar otak kau dah membeku

Si polan melebarkan sayapnya
Lagak perkasa seperti Si Tuah dan Jebat Derhaka
Paksa turut tak berhasil, cara lembut mengundang
Bakat langsung tak ditagih, cukuplah sekali diberi peluang

Ahad, 16 Februari 2014

Muka satu, bab yang terakhir

...

Bibliografi

Lama berangan puas ku bermimpi
Mencari jawapan, ancaman tidak ku peduli
Fikirkan nasib, masa depan yang luas
Tiba di persimpangan, ku takkan jatuh tertewas
Lagi dan lagi,

Susunan rapi nota dikepala
Isikan ruang penuhkan ilmu didada
Zahirkan pandangan, fikiran ke seberang laut
Masa berganti masa, ku taknak tertinggal jauh

Luahkan saja emosi jangan ditinggalkan separuh
Padamkan semua memori jangan dibiarkan menganggu.

Isnin, 7 Oktober 2013

Satu

Kejutkan aku kawan, bila ku hampir terlelap
Tunjukkan aku arah, bila ku tersesat jalan,
Peluklah aku, bila ku mula ketakutan
Agar ku tak tersa sunyi dalam keriuhan.

Pertama kali ku jejakkan kaki
Terdetik dalam hati ini untuk
Berubah... Berubah...

Dengan kekurangan sifat ku yakini
Mana mampu untuk ku menanggung
Semua.. Semua...

...........................................................................................

Disebalik awan hitam yang dicari
Ku terpaksa tempuh halangan berliku
Kemudian... baru ku jumpa jalan
Jalan kembali pada-Mu

Rabu, 28 Ogos 2013

Al -Rayyan

Sungguh tenang dipagi Syawal yang mulia
Alhamdulillah masih mampu bernafas normal
Ku sambut ceria, senyuman ibu ku menyapa
Tampak segar waaupun dia sibuk didapur..

Raya, hari yang selalu di nanti
Masa untuk orang jauh kembali
Gaya, masing-masing punya tradisi
Warna-warni bagai aura pelangi

Baru kini ku fahami, apa ertinya hari raya
Hari yang dirahmati, salam-bersalaman terhapusnya dosa
Tua muda semua dirai, miskin dan kaya bersederhana
Dalam suasana yang harmoni, ku syukuri dilimpah kurnia nikmatnya.

Khamis, 30 Mei 2013

Halo

Hei.. hidup penuh cabaran
Walau dicemari, krisis hitam
Masih mampu berlawan
Ku tunggu waktu
yang tepat untuk membalas
Tiba masa kan ku hulur
Tangan untuk berjabat

Siang malam kau dihentam
Makin, ramai anak muda melantun seperti aku
Ku berjanji ku kan terus setia
Meniti jalan yang ku pilih
Hingga akhir hayat ini

Khamis, 27 September 2012

Senyawa

Indah
Ku berpijak di bumi
Milik Tuhan yang dipinjamkan
Sementara masih disini
Ku tak mahu pergi... meninggalkan
Melihat kau dalam kekalutan
Pasang angan mu kawan, untuk berubah
Selagi... ada nyawa.