Khamis, 13 Oktober 2011

Lusuh

Barang buruk tidak dipandang
Jadi bahan bualan sindir
Bagai tunggul tidak dilayan
Segak cantik dipandang tinggi

Pergi mana dihina, jadi bahan jenaka
Pandang jijik bagaikan najis
Biar luar ku murah, janji dalam berharga
Tidak mudah ia terhakis

Pelajari alam, tiada titik nokah
Begitu ku juga, takkan penah berubah
Pelajari alam, tiada titik noktah
Begitu ku juga, sama.

Avicenna

Marah dan dendam
Bukan sifat yang terpuji
Biar di tentang
Itu yang digemari
Oh tak perlu menuding jari
Ke arah sesiapa
Baik tutup mulut tak berbunyi
Dari kata-mengata

Cuba lihat sudut yang lain
Kita semuanya sama
Pelajari dari kesilapan
Pelajari.. pelajari.. pelajari..

Batu Jemala Patik

Kini aku masih
Teguh berdiri
Biar di hentam bertubi-tubi

Masih tak berganti
Bagai tertulis
Hikayat ini

Biat.. biar.. biar..
Oh tak perlu ambil pusing
Dah tak perlu anggap penting
Dan tak perlu bising-bising

Arah mana aku tentukan
Biar bebas buat pilihan
Kepuasan yang ku cari
Dalam hidup ini
Aku bukan insan
Batu jemala patik.