Khamis, 27 September 2012

Senyawa

Indah
Ku berpijak di bumi
Milik Tuhan yang dipinjamkan
Sementara masih disini
Ku tak mahu pergi... meninggalkan
Melihat kau dalam kekalutan
Pasang angan mu kawan, untuk berubah
Selagi... ada nyawa.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Piano

Kusut terduduk hampa
Ditinggalkan bersendri
Kau pergi seperti yang diduga
Hilang tanpa jejak gagal diekori
Ku berlegar jauh ke pelusuk
Demi mencari tempat lepaskan gugup
Ku tak mahu tenggelam, ku berusaha timbul
Mengharmonikan hati ku yang sugul

Ohh... hariku kelam perlukan cahaya
Menerangi jalan ku menghadap

Jumaat, 27 Julai 2012

Rabak

Ada otak tapi bodoh tak terkata
kita biarkan saja?
patut dibuang jauh-jauh

Cakap depan dia berani
mungkin dia tengah berahi
tapi malang ku tak terpengaruh

Rabak ku melihat koyak bagai rosak,
terkulai layu tergadai masa depan

Ku takkan patuh pada kuasa gila
Yang menyanjungi kata orang asing
Hidup ku takkan goyah, hidup mu takkan senang
Tak mungkin hati keras ku cair.

Isnin, 2 April 2012

Solaris

Ku mulai sedar
Betapa pentingnya
Hidup dalam suasana riuh
Indah bunyinya?
Banyak perkara harus ku pikul
Jangan kata ku tak kisah
Berhenti kutuk bangsa sendiri

Padamkan api
Dendam yang ku nyalai
Beerti ini sebuah penamat
Jalan kisah yang panjang
Yang sudah itu sudah
Yang pergi biarkan pergi
Tak terhitung dosaku di bawa mati

Jika aku kecundang
Akan ku cuba tarik nafas panjang
Diam, ku berbaring dengar lagu klasik
Biar ku ditentang
Ku sedia menghadapi
Liar, tuduhan
Aku kalis maki

Sabtu, 3 Mac 2012

Hijau

Cantik, lawa pemandangan
Tertutup rapi, harga yang tak pandai ku nilai
Tidak tergantung, kau balas teguran
Resah ku hilang bila, kau balas senyuman

Dari dulu aku cuba untuk meluahkan
Ada satu cahaya disebalik wajahmu

Kau penarik, mahal, satu dalam sejuta
Gerak tari, kau kawal dengan sempurna
Lemah lembut gayanya, lembut lidah kau berbicara

Layar Lara

Puas ku meratapi hiba
Sudah ku lalui semua
Sukar untuk ku lupakan pengalaman pahit
Ku ibarat hidup kali terakhir

Malam ku pudar dan hilang
Menjadi sebuah sarang usang
Tidak ku seru kau datang menjalar

cont..

Sabtu, 4 Februari 2012

Barakah

Bila teringat dia
Ku melayang - layang
Ku terpaksa akur
Menunggu hari yang ku tunggu
Layak untuk memegang
Dan menyentuh dirimu

Ku mengatur langkah
Setiap gerak geri ku
Ku lepaskan dia
Ku gagalkan nafsu ku
Biar ku kecewa
Untuk melihat dirimu... bahagia..

Ku lihat ayu, wajah dia,
Mengubahkan segala, niat ku..
Akan ku berubah untuk
Menjadi insan yang cekal
Menjadi insan yang kebal

Melebarkan sayap
Ku berhijrah jauh
Mencari bekalan
Hidup untuk ku tempuh
Agar ku bersedia
Untuk melindungi dirimu

Akan ku simpan dia
Di sudut hati ku
Akan ku seru namanya
Di dalam doa ku
Agar dia terbuka
Untuk terima diriku... seadanya..

Ku lihat ayu, wajah dia,
Mengubahkan segala, niat ku..
Akan ku berubah untuk
Menjadi insan yang cekal
Menjadi insan yang kebal

Ku langkah kanan kedepan
Curuk buruk ku tak menyesal
Lidah ku tebal ku kebal
Pasang surut ku dah merasa
Sudah puas ku rasa


Naif

Begitu mudah kau lupa asal mu
Bagi menepati citarasa bandar
Kau jualkan segala aset mu
Kan kau meringkuk bila tiada modal

Kata mu, manis bicara, semua cair, bila mendengar
Meraih simpati, titis airmata, gaya mu sumbang, tidak menyumbang..

Kau memilih jalan singkat ke syurga
Hanya melalui nama, pangkat dan harta
Akan memakan diri bila kau tersedar
Akan termakan hati bila kau terdengar


Kata mu, manis bicara, semua cair, bila mendengar
Meraih simpati, titis airmata, gaya mu sumbang, tidak menyumbang..

... Muka cantik tapi masih naif
... Otak bijak tapi masih naif