Selasa, 28 Disember 2010

Mayang Sari

Burung putih burung gagak
terbang bersama mencari air
selebar-lebar sayap terbuka
akhirnya terpisah mengikut angin


luka hatiku bagai ditusuk jarum peniti
masih tak dapat lagi dibendung
ubatku hanyalah diri ku sendiri


mana mungkin ku duduk saja
kan ku laku apa ku mampu..

Khamis, 23 Disember 2010

Terus Berkarya II

aku digelombang kedua
ingin aku mengajak ke sana
meneroka arus perdana
melihat dengan mata kepala
bagaimana kita di"kenduri"
di hukum gantung tak bertali
masih lagi di anak tiri
kita masih dijajah lagi...

kau asyik dengan "si bijaksana"
hampir habis semuanya di sangka
baik sungguh cantik budi bahasa
kita lemah dibutakan mereka

dewan kemasyuran

ada masaku diam
tak beerti kau boleh
memijak kepala

dalam diam kau datang
menconteng arang ke muka
bukan main kepalang

tidak ku gentar kerana aku
sudah biasa dengan permainan
hidup di dunia
yang menang pasti akan disanjung
kalah digonggong
walau tak tahu hujung pangkalnya...

kalau takut dilambung ombak
jangan engkau pergi belayar
dilaut nanti kita sering bertengkar..

Rabu, 22 Disember 2010

tiupan sangkakala

sedih ku melihat wajah
anak kecil yang tak bernyawa
di perlakukan sebegini
mana silapnya
aku masih tak mengerti

mana hilangnya pertimbangan
makhluk Tuhan yang ada akal
sama seperti yang lain
tak tahu bezakan 
aku masih tak mengerti

 inikah yang dikata
dunia diakhir zaman 
sebenarnya semakin hampir

hidupmu takkan selamat
sentiasa dihantui
perbuatan burukmu


moga dicucuri rahmat
ditempatkan rohnya
di syurga milik Mu..


hijau

inspirasi matahari terbit ku temui
kicau burung bernyanyi
nyanyi lagu sepi
indahnya suasana
eloknya bertemu...

senang
matahari terang
hidup penuh cahaya
cerah dan terang
manusia durjana
yang sukakan dendam
dengan kekasihnya…..

Yang Benar,

kali pertama ku lihat aku terpegun 
riak wajahmu buat ku menggelamun
sungguh memikat cantik terpikat dengannya
buat aku rebah untuk kali kedua...

dari awal ku memendam seribu rahsia
tak ku luah namun ku simpan diam
untuk gadis yang sungguh ingin ku cuba tawan
hatinya...

hei gadis
aku rindu kamu
setiap langkah
setiap waktu
oh dari hati
ku nyanyikannya
untuk kamu...
untuk kamu...

Melayu

wahai melayu jangan kau lupa,
bagaimana kita berperang dahulu,
hingga ada yang menitiskan darah,
dari satu ke satu.

cuba kita ingat kembali,
kisah lama kisah yang dulu,
sampai ada orang yang mati,
nilainya berpuluh ribu.