Khamis, 21 April 2011

Seri

Ku lihat ayu
Wajah dia
Bermain dimata ku
Aku.. menginginkan dia
Ada disamping ku
Selalu...

Seri jangan tinggalkan aku
Biarkan ku sendiri
Layu.. merindu..

Cuba kau dengarkan lagu
Yang aku karangi
Hanyalah untuk mu
Kau yang bernama Seri..



p/s: tiada kena mengena pada yang masih hidup mahupun yang sudah tiada.

Jumaat, 15 April 2011

CD Rosak

Aku rasa tidak bermaya
Rasa bosan tak terhingga
Tiada nafsu berkata


Badan ku rasa letih dan lemah
Hati ku bagai diluka
Langsung tiada ubatnya

Komunikasi Dua Hala

Ku bersyukur ke hadrat Illahi
Di lahir ke dunia dan cukup sifat
Dari dahulu hingga hari ini
Masih belum sempat untuk ku buktikan
Aku masih tercari-cari
Jalan yang ku pilih
Masih lagi tersesat
Di jerat kota yang pesat


Maaf menyentuh perkara peribadi
Inginku menyebut untuk dikongsikan
Dulu pengecut, kini ku berani
Untuk mengakui kegagalan
Aku kini semakin hampir
Meraikan kejayaan
Ku panjat doa yang tinggi
Menangis kegembiraan

Khamis, 14 April 2011

Gila

Angin
Tiuplah ke bumi
Panjangkan nafasku
Sebarkan unsur ku
Ke merata
Serata negeri...


Api
Nyalakan unggunmu
Marakkan semangatku
Panaskan punggungku
Dan terbakar
Biar ku berlari


*Aku...
Meronta keinginan...
Mengejar bayanganku...
Jikalau ku mampu...


Air
Simbahlah padaku
Biar ku tersedar
Bangun dari kamar
ku beradu
hapuskan mimpiku


Embun
Menemani malam
Kabus pun menyusul
Suhu ku menurun
Oh kejamnya
"Tulang" ku membeku


**Memang benar kau teka
Tikam kau mengena
Ya ku gila, ku gila
Sifat yang biasa
di alam maya
Ku reka, ku cipta
Ku musnahkan, ku buat semula...

Sabtu, 26 Mac 2011

Protokol

Kepulan asap menemani aku
Tetap dengan caraku
Ku tak pernah terfikir berubah
Ku tetap dengan cara ku
Biar pun ribut atau pun kalut
Ku tetap dengan cara ku
Biar berjuta orang mengata
Ku tetap dengan cara ku...


Tidak ku gentar dengan ugutanmu
Tetap dengan caraku
Tidak pula ku termakan pujuk
Ku tetap dengan caraku
Jangan disuruh untuk menurut
Tetap dengan cara ku
Keinginanku hanyalah satu
Bebas cara berfikir...

Selasa, 22 Mac 2011

Naif

apungkan aku kawan bila ku hampir tenggelam,


tunjukkan aku arah  bila aku tersesat jalan,


kejutkan aku dari mimpi lamunan,


agar ku tak terleka dibuai perasaan dunia,


Suluhkan aku cahaya yang terang-benderang,


papah tanganku bila ku dalam ketempangan,


panaskan aku bila ku mula kesejukan,


agar ku tak terasa sunyi dalam keriuhan...

Ahad, 6 Februari 2011

Gemersik

Berlegar-legar main difikiran
sesaknya nafasku bertambah celaru
mulut kata pergi hati kata mahu
jujur aku benci prasaan begitu


berdebar-debar menunggu giliran
usah disoalkan itu kuasa tuhan
puisi yang terbaik puitis dan menarik
bila diadunkan bunyian gemersik


karang lagu rancak
tulisan terpendam
bukan cara bijak 
corak langkah yang mendalam


bergetar-getar lagu dimainkan
melayang menjauh cetusan gemuruh
bila ia pergi, ku mula mengatur
langkah gerak-geri untuk ku berhibur


seleraku bermacam
langsung tidak dirancang
ikut saja kata hati yang diransang
salahkah ku bermain
rentak lagu yang lain
mencuba mengusik bunyian gemersik!